26 Julai 2016 - 02:19
Velayati gesa negara-negara Asia perangi ekstremisme dan terrorisme

Iran menyambut baik interaksi mana-mana negara Asian untuk membasmi ekstremisme dan terrorisme.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketua Pusat Penyelidikan Strategik Iran, Ali Akbar Valayati menegaskan bahawa Iran menyambut baik interaksi dengan mana-mana negara Asia untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.

Beliau berkata demikian dalam sidang media "Pertumbuhan Menerusi Interaksi: Peluang Asia Selatan di Singapura" Ahad minggu lalu.

Beliau yang merupakan penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Sayid Ali Khamenei berkata, dasar Iran terhadap manifestasi keganasan dan ekstremisme ialah bekerjasama dengan negara-negara Asian lain untuk membasmi anasir tersebut.

Beliau menyifatkan kemiskinan, kemunduran, kekacauan, unilateralisme dan ekstremisme adalah masalah yang serius dalam masyarakat manusia. Sambil menggariskan tumpuan kepada penumpuan dan perkembangan kerjasama serantau untuk mencapai tahap keselamatan yang mampan ialah program memerangi ekstremisme dan keganasan.

Beliau turut menyatakan kekesalan mengenai kawasan Asian yang dirundungi masalah tiada tempat tinggal dan migrasi yang merupakan fenomena yang tidak menyenangkan. Ia perlu ditangani dengan kemajuan kerjasama, dialog antara budaya dan tamadun, serta pembasmian keganasan.

Dr. Velayati meninggalkan berkunjung ke Singapura pada hari Ahad minggu lalu untuk menghadiri persidangan "Pertumbuhan Menerusi Interaksi: Peluang Asia Selatan di Singapura".